|
Laman Utama
|
Ku ciptakan Alam ini keranamulah Muhamad |
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Wednesday, 09 May 2012 |
Iblis tak dapat goda anak ADAM pada satu tempat yakni AKAL, sebab lain tempat semua dia check up, termasuk jantung, hati, limpa, hempedu, darah, daging, tulang, kulit, liang roma dll. Iblis hairan kenapa di AKAL tidak boleh goda atau hasut.
Di AKAL wujud Muhamad yakni dari Nurullah, dan disitulah terkandung Azim Allah, walaupun Iblis dijadikan dari Nur AZIM, namun di ADAM terdapat jirim, jisim, jauhar dan jauharfirik, Sebab itu Iblis membangkang untuk mengenal Tuhan yang benar, supaya kekeliruan berlaku, ditakuti ADAM akan mengenali Tuhannya dan tidak akan berTuhankan Iblis lagi.
Tujuan ayat mengatakan ADAM dibentuk dari Tanah kias menandakan permintaan jirim yakni ADAM akan sujud yakni sujud ke tanah atau mukabumi terdiri dari Tanah. Jisim (angin) hidup ADAM terkandung Jauhar ( DARAH dan Sel ) dan mengenal syurga, Neraka, Jin, Ruh, Malaikat, Akal, Kursi, Arays (Jauharfirik) . Disinilah berlaku makluk, baharu, alam dan mumkin,
4 Bangsa Jirim, Jisim, Jauhar dan Jauhar firik terdapat pada ADAm, semulia kejadian. Wahal Iblis hanya dari Jisim dan Jauhar. Kekurangan inilah yang menimbulkan tanda tanya (selalunya ?????) di dalam amal. Sebab penyataan ADAM ialah Muhamad yakni Ilmu. Sebab itu ALLAH katakan Aku mengetahui apa yang aku perbuat wahal Iblis tidak tahu. Amal Iblis beribu tahun tapi adalah sia sia.
Pengakuan Iblis sendiri beramal dan beramal tanpa mengenal ILMU yakni diri Tuhan, dan Allah berikan hanya pada Insan Rahsia yakni Rahsia Insan Rahsiaku dan Rahsiaku Rahsia Insan. Iblis tidak suka manusia bakal kepada Insan sebab ditakuti manusia itu akan merosakkan halatuju menyekutukan Tuhan. Sebab Itu ADAM dikatakan kaku, dan adam tak punya apa, wahal bila ditiup ruh yakni Muhamad maka wujudlah Insan. Sandaran Muhamad pada ADAMllah mewujudkan Allah dan Muhamad dilafazkan, tasdiq kalimahtul syahadah dan kalimah Rasul.
Tuhan ialah perbendaharaan yang tersembunyi. Tuhan suka dicari dan dikenali. Penbendaharaan itu ada pada Muhamad, bukan ADAM... dalil Ku ciptakan Alam ini keranamulah Muhamad. Muhamad Kekasih Allah. Semua Nabi hinggakan Adam tidak boleh beri syafaat kecuali Muhamad.
Hebatnya Muhamad kerana Allah sendiri berselawat kepadanya, yakni Allah dan Malaikat berselawat ke atas Muhamad. Perbendaharaan inilah Iblis tak jumpa.
Salam Ala Toha Rasulillah. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 09 May 2012 )
|
|
|
SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL |
|
Ditulis oleh plaxix
|
|
Sunday, 30 August 2009 |
|
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 30 August 2009 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Sunday, 19 July 2009 |
|
ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu. |
|
Baca lagi...
|
|
|
KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH |
|
Ditulis oleh plaxix
|
|
Monday, 04 May 2009 |
|
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 11 May 2009 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Rasulullah pakar risik dan strategi |
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Monday, 23 March 2009 |
|
DAN tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya': 107) Secara umumnya memang Baginda diutus ke seluruh alam ini untuk membawa rahmat yang besar bagi kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. Pun begitu, 'rahmat' itu sebenarnya turut meliputi kepimpinan Baginda sebagai pakar strategi dan perisikan. Dalam ruangan yang terbatas ini, memadailah jika diambil peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah pada 622M. Ini kerana ia merupakan satu momentum dan titik tolak kepada kejayaan penyebaran Islam di seluruh tanah Arab dan seluruh dunia kemudiannya. Dalam peristiwa tersebut jelas betapa genius dan pintarnya baginda dalam mengatur strategi dan membuat perisikan sebelum tugas hijrah yang suci itu dilaksanakan. |
|
Baca lagi...
|
|
|
Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW |
|
Ditulis oleh plaxix
|
|
Tuesday, 16 September 2008 |
|
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 17 September 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
| | << Mula < Sebelum 1 2 Kemudian > Akhir >>
| | Keputusan 1 - 7 terhadap 11 |
|
|
Who's Online |
|
Kami ada 2 tetamu online |
|
FB CintaNabi |
|
<div class="fb-like-box" data-href="http://www.facebook.com/cintanabi" data-width="292" data-show-faces="true" data-stream="true" data-header="true"></div> |
|